burung katek? burung apa tu haaa?? sila jangan la-lucah ye, ayam katek ada lah.. sebenarnya burung tu ada nama lain, tapi memang saya sengaja panggil burung katek, sebab saiz burung tu memang la teramat kecik, dengan kepala dia yang kiut, pipi yang tembam, dah cuba nak meng-google tapi disebabkan tak tahu nama sebenar dalam surat beranak dia maka hampa tak dapat nak letak gambar kat sini.
Terjumpa burung katek ni semasa saya nak keluar dari tesco, mengingatkan saya kepada seseorang, kesayangan, kecintaan, kegomolan yang melampau pon saya suka buat kat dia, sampai naik darah dia dibuatnya, sebab dia sangat comel, bila dia malu-malu lagi comel, kaki-tangan tak boleh nak diam. Tapi kalau dia merajuk..Ya Allah! semput dada dibuatnya, kalau hilang sabar mau nya kita sama naik darah.. tapi semakin lama dia semakin baik, rindunya.. meh sini meh saya gomol2 lagi..haha (sure merasa tapak tangan dia kalau macam tu)
pagi ni jadual semakin busy, agak boring kan artikel ditulis tanpa gambar, ada dalam handphone..tapi malas la nak upload, kerja saya banyak (kes menangguh-nagguh sebenarnya) ada banyak lagi design yang perlu saya buat, saya suka yang simple, praktikel dan yang paling penting penggunaan warna mestilah menarik supaya dapat mengisi ruang yang kosong, saya bercakap tentang Web design ye anak-anak. sekirannya anda inginkan sebuah laman web yang nampak professional, ingat tips ni
1) gunakan ruang dalam website sebaik mungkin, jangan diisi dengan benda-benda ataupon iklan-iklan yang sarat
2) biar simple dan praktikel, pengunjung tak pening kepala kerja nak meneka mana satu button yang nak di tekan
3) kurangkan penggunaan flash, .gif.. alaa yang menatang bergerak-gerak tu, cantik tu memang cantik, tapi kalau kau letak banyak sangat, nak jadi apa? sarkes?
4) penggunaan warna biar sesuai..biar 1 @ 2 warna sahaja..asalkan nampak macam boleh bernafas
5) setiap menu dilabelkan pendek, tetapi tepat.
ada lagi, karang la kita cerita, kalau sambung nnt kang termuntah pink pulak nak membaca. Anywho.. buat adik saya yang berada di toronto, i dah tengok dah Tv3suku pagi ni, i saw you, tengah bergayut macam kongkang kat library, ishhh buruk perangai la awak ni!
p/s: gambar burung hantu tu cantik, macam helang pon ada..ter-konfius seketika..helang ke burung hantu?
0 comments:
Post a Comment