Sebenarnya saya demam, dah 3 hari demam, mujurlah ada penawar kat dalam rumah ni, sigumuk sangat-sangat membantu, tak sia-sia bagi dia makan sampai gumuk. Mungkin faktor cuaca atau mungkin faktor lemah daya ketahanan diri? mana-mana jelah, diri ni dah pon sakit, dan Alhamdulillah sihat semula, diberi kesempatan untuk bernafas diatas muka bumi ini..syukur. Kesayangan saya ada mesej,(nak jugak cerita pasal kesayangan dia tu) tapi saya tak dapat reply sebab badan terlampau lemah dan tak terdaya nak pegang phone (seriusly)harap-harap dia faham.
barulah diberi kekuatan (walaupon tak kuat macam hulk ataupon captain amareka) tapi Alhamdulillah dapat lagi menggerakkan jari jemari ni untuk menaip.Macam-macam masalah yang timbul, hati ni risau, tapi mengenangkan Allah itu maha berkuasa dan maha mengasihani, hati jadi sejuk dan jantung pon tidak lagi mengikut irama dangdut nyayian mas idayu. Masalah apa? tak payah la nak di telanjangkan disini, lagipon mengganggu mood je..kalau nak diceritakan hal tak puas hati nanti TERkeluar pulak perkataan berbentuk cacian..kan nampak sakai sangat dok memaki hamun orang tu kat sini, macam memaki tembok pon ada.. kalau tak puas hati cakap depan-depan ye adik-adik, janganlah di lemparkan segala amarah (kan dah keluar perkataan dari kamus dewan bahasa dan pustaka ahkak ni)kat dalam blog korang tu, maksudnya sampaikan dulu pada targeted anda tu kemuadian kalau kau nak tulis buat novel kat blog masing-masing pon tok anjang tak kesah. Lagi satu, macam-macam bentuk perkataan dah saya jumpa, nak kata memendekkan dan ringkas rasanya bahasa melayu ni dah cukup pendek dan ringkas dah, seriusly tak tahu macam mana nak pronounce bila dapat mesej macam tu, sudahnya saya tak balas, sebab tak faham..cakap la outdated ke dah tua ke..mak rela nyah, dari membaca macam orang tak habes belajar menulis tu. saya ni bukan lah nak mengajar bahasa melayu (sebab diri ni pon kadang-kadang tersalah eja) tapi atleast tulis la penuh-penuh, kalau nak memendekkan ayat tu setakat dua-tiga tu boleh la, ni tidak..selagi selagan perkataan kau nak modenkan tulisannya..sedih!
petang ni sejuk je, hujan turun sebentar tadi, hujan rahmat..hujan rezeki, tiba-tiba dengar bunyi orang berdengkur..Ya Allah! macam kerbau anak dara ni tido, lepas makan haruslah tido sigumuk sekor ni (memang aktiviti harian beliau makan-tido-makan-tido ni)janganlah ada hati nak kacau, maunya makan tapak tangan dia yang bersaiz gorilla tu, boring-boring petang ni, ingatkan nak buat aktiviti yang boleh menyihatkan badan..last-last terpanggang depan laptop sambil update benda-alah ni.. so far memang tak ada gambar lagi dalam 2-3 entry ni, rasanya nak letak satu gambar yang menarik, gambar gumuk lepas mandi, tapi telah dihalang oleh tuan punya kemaluan..so tak dapat la nak letak sini. takpe, lain kali kita ambil gambar yang senononoh sikit ye.
p/s : mengutuk dengan menyampaikan fakta adalah dua perkara yang berbeza, cakaplah kau tu tak boleh nak ditegur..kan senang!
0 comments:
Post a Comment