Saturday, October 15, 2011

Ombak Rindu

Bukan tajuk filem lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin la, bukan juga ONGBAK.. tapi memang benar rindu tu macam ombak, datang tetap datang, cuma ombak tu besar atau kecil sahaja. Nak buat apa lagi kalau 'ombak' itu datang? kena lah buat-buat busykan diri, memang busy pon hari ni, mana nak cari design, mana nak deal dengan host, mana nak tulis belog yang tak seberapa ni lagi..memang sibuk sikit la kebelakangan ni.

kesayangan saya tak berapa sehat, hopefully kesayangan saya cepat sembuh, risau tetap risau..cuma pandai-pandai la control perasaan risau tu supaya tak 'overdose' karang kau pulak yang telentang. Owhh..tadi saya cari dan gali selagi selagan design 'baju' untuk vlh-style ni, almaklumlah, bestfriend punya..haruslah cerewet terlebih sikit.

Sedang sibuk-sibuk buat design, tiba-tiba telinga ni rasa bingit semacam, rasa sangat-sangat menyampah! kenapa agaknya? sebabnya sigumuk tengah nonton Sinetron!kalau dalam family, saya terkenal sebagai pengkritik tetap sinetron ni, sigumuk pulak memang penonton setia, ceruk mana pon dia main kalau siaran sinetron tu keudara, tup! tup! tercongok je gumuk tu depan tv. Kenapa saya tak suka? mengarut jalan cerita! tak habes-habes si A dengki si B, (i'm talking about dengki yang melampau-lampau) si C jadi batu api, tetiba datang si D mengaku mak kandung si B, berebut pulak si E..sampai sudah cerita bukan dah kelaut lagi..malah ke hutan amazon sana nuu..

alamak! ada date dengan sigumuk, nak main layang-layang katanya, habeslah jadi tukang kutip layang-layang dia pulak tu kena belanja Tutti frutti.

p/s : fla: gumuk! tukar cerita lain!
gumuk : .........
fla : ek eh, tekak ni nak rasa macam nak makan tutti frutti la
gumuk : ha? jom! jom!

Pasal makan dengar pulak kau ye!

0 comments:

Post a Comment