Friday, October 21, 2011

Bertimbun ilmu

hari ini cuca sangat baik, best kalau nak lakukan aktiviti-aktiviti petang, nak tido pon boleh..macam gumuk selalu buat, hari ini keluar dengan mak, teman dia pegi sana-sini, bayar itu-ini, potong itu-ini, kesian kalau nak biarkan dia drive sorang-sorang, ye lah..orang dalam peringkat umur lewat remaja ni, kita kenalah selalu jaga..tak gitu mak? tapi my mom ni tak boleh duduk diam, contohnya bila saya bersihkan dapur, jemur baju, buat segala macam benda sebab nak bersihkan rumah, ingatkan nak suroh dia berehat..tup! tup! dia memberus jamban pulakkk.. siap tampal notis lagi kat pintu toilet, "dilarang masuk, mak simbah lantai toilet dengan clorox" mak u ada? memang tak boleh nak paksa dia duduk berehat, kecuali kalau dia sendiri dah rasa penat.

On the way pegi bank tadi sempat contact kesayangan, rindu sangat-sangat kat dia, sempat mengadu masalah kat dia, entah kenapa hati jadi tenang bila dapat luahkan masalah, belum lagi selesai, tapi hati ni macam ada yang pujuk, Alhamdulillah.. Segala pujian bagi Allah. Kadang-kadang hati terdetik rasa kesal, kenapa? sebab niat dalam hati memang nak menolong bangsa sendiri, yang se-agama, tetapi apakan daya..kelebihan bangsa KITA lebih kepada menindas bangsa, kaum dan saudara seagamanya sendiri, pengalaman menjadikan diri ini trauma untuk berurusan dengan orang yang sebegini, seharusnya dari mula saya membataskan antara bisness dan juga emosi, tetapi apa kan daya..saya mula leka dalam membantu dia.. niat ketika itu tidak lebih untuk membantu ORANG KITA berjaya dalam bisness, apatah lagi bisnes yang dibuat boleh memberi manfaat kepada orang lain. Dari awal lagi saya dapat rasakan macam ada yang tidak kena pada dirinya, cuma ketika itu saya bersangka baik. Benda dah jadi, cuma yang saya kesal, masa banyak dihabiskan untuk projek dia sahaja, sedangkan banyak lagi projek yang boleh saya lakukan, ketika ini tidak dapat dikenalpasti apakah masalah yang menimpa dirinya, sms saya tidak berjawab, semoga dia berada didalam keadaan baik hendaknya.

ilmu yang saya dapat ini belum lagi 'langsai hutangnya' hanya Allah yang maha pemurah, dapat mebantu hambanya ini keluar dari kemelut yang membelenggu diri. Benar kata kesayangan saya, adakah saya teraniaya, atau saya menganiaya diri sendiri? sedangkan Allah tidak pernah menganiaya hambanya. Bertimbun ilmu yang kita miliki adalah untuk apa? untuk siapa? tidak pernah terfikirkah kita akan pahala dan 'saham' yang menanti sekiranya kita menggunakan ilmu kejalan-NYA? tidak kira apa jua bidang yang kamu terokai jangan sesekali kedekut bin bakhil dalam 'menderma' ilmu, mudah-mudahan dengan cara itu, setiap saat dalam hidup kita diberkati oleh-NYA, maaf entry kali ini tiada unsur humor kerana saya sedang beremosi.

0 comments:

Post a Comment